Penat mencari idea untuk merapu dalam blog. Tapi masih kering kontang kolam idea (ingat amino acid pool ke?).
Semalam saya mengira-ngira jumlah wang yang masih tinggal dalam akaun. Bagaimana mahu hidup bersenang-lenang dan berfoya-foya di Mesir. Cettt, mestilah mahu hidup senang, kita senang dan menyenangkan. Encik Hazim Haznan sudah berkali-kali mengajak saya ke sekolah dia. Kemudian mahu ke Melaka pula. Ongkosnya pak!! Pelik-pelik, bukankah saya baru dapat duit sara hidup dari Yayasan Terengganu?Haaa..Ini saya mahu tayang bini baru saya.(hahaha..=w=").
Pertama
Puan Canon EOS 550Dsila lihat apa yang di tangan saya..
Baru-baru ini kami berbulan madu di Tanah Tinggi Cameron. Inilah gambar sepanjang bulan madu tersebut..
Biasalah bila orang jiwanya sudah berbunga. Maka bunga menjadi sasaran menembak kali ini. Semua gambar di atas adalah tanpa gubah.(sebab tidak reti..haha)
Kedua
Fujitsu notebook; LIFEBOOK P series
nampak tak yang berwarna merah menyala itu..(sengaja tunjuk buku Biochem..haha)
Biar papa dunia, jangan faqir dunia akhirat. Dunia tak merasa nikmat, akhirat apatah lagi. Di dunia sudah faqir, jangan pula menambah kefaqiran dan kemuflisan bila di akhirat nanti.
Maka, sempena bulan ramadhan saya ucapkan Selamat Hari Raya Cina. Tak mungkin la kan? Faham-fahamlah sendiri. Sendiri mahu ingat tinggi rendah duduk kita di hadapan Allah.
Didalam setiap karang Imam Bediuzzaman Said Nursi pasti diingatkan tujuan kita di dunia. Bukan kerana syurga. Masakan inginkan neraka. Tapi mahu kembali ke sisi Allah. Mencari jalan pulang!
Saya akhiri tulisan saya kali ini dengan seangkap pantun..
Ke Rantau Abang jangan kesal,
walau tak jumpa penyu menggali,
Orang berdagang tahu asal,
Sang pencari Ilahi tahu kembali.
Wallahualam.
Dzuu Haniin
Taman Kota Putri,
Masai, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
9 ulasan:
nk 1 yg kaler merah menyala 2! =)
Strawberi banyak jer kat kedai..kat cameron boleh petik sendiri
nk merah menyala yg bntuk 4 segi sbelah ketupat cinta tu!
hampes..gi mintak dengan kat kedai komputer..mengorat tokey kedai, nanti dapatlah
ha, dh kaya g beli air soya sendirik!
bukan nak air soya..nak taufu fa la...
nice pic:)
pic last smart dgn buku bichemnya
haha
uihh mmg kaya betul ni
nk juga beli dslr...tgk la nnt bile ekin plak dh kaya
salam..akh anas baru beli kamera ape? saya ingat nk beli nikon d3000..ok ke?
ermm..tak reti nak komen.mungkin boleh cuba review kat blog dan web..
Catat Ulasan