Fatrah Imtihan[musim peperiksaan] masih belum tamat. Dalam masa yang sama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) melakukan program.Bazaar Ria Seri Iman.Boleh rujuk sini. Saya tak memberi apa-apa sumbangan pun dalam program kali ini. Antara yang menjadi sebabnya adalah peperiksaan Anatomy serentak dengan hari program. Jadi utamakan yang utama.
Sebenarnya imtihan bukan faktor yang 'dominan' saya kurang terlibat dalam program ni. Tapi sejak kebelakangan ini, seakan-akan badan saya terlalu lemah,malas,sakit kepala,sakit badan dan pelbagai rasa yang menyinggah pada badan. Hinggalah saya terjumpa gambar ini...(terima kasih nadia homeroomate..)
Tiba-tiba terkenang waktu remaja yang penuh bertenaga. Idea mencurah-curah. Bekerja seakan-akan tiada 'limit'.Seronok! Itu yang mampu terungkap dalam pemikiran ketika menulis. Saya puas memikir apa yang membuat saya menjadi begitu lemah seperti sekarang. Jika dulu, saya mampu bergerak dengan pantas. Berkejar-kejar ke sana sini. Angkut-mengangkut. Mesyuarat rasmi dan tak rasminya. Malam-malam meronda mencegah maksiat. Waktu muda yang penuh dengan semangat. Mungkin sekarang saya lemas dalam 'Psychological Fatigue'. Sebenarnya saya kekurangan 'will power' atau kuasa kehendak...
Teringat pesan Tuan Guru Hairul Nizam ketika program motivasi, "Apabila matlamat kita jelas,apa-apa masalah kita akan dapat atasi."
Hadaf atau matlamat saya mungkin masih kabur-kabur. Kesungguhan masih lemah. Masih berharap akan kembalinya semangat yang kian pudar...
6 ulasan:
carilah sesuatu yg boleh menaikkan kembali semangat adik...bg akak sendiri pun,cabaran akademik memang suatu cabaran yg besar.
sebenarnya bila saya muhasabah kembali,saya kehilangan 'X-Factor'.ni msh menunggu.i'Allah hujung thn ni mungkin smpi...doakn saya kak..
salam
saya sendiri sebenarnya kadang-kadang hilang smangat gak,
huhu
but i think the fastest way lar kan untuk naik kan smangat nie
by...---> calling mak!!!
wee
calling mak..rndu lak kat ummi. lama tak dgr suara ummi,slalu ber'sms' shj...nntkan artikel untuk ummi..
em adik,kenapa hujung tahun baru smpai x-factor tu?
menunggu pejuang baru dari m'sia.harapnya memberi satu inspirasi dan semangat baru.bersama sahabat membuat kita semngat dan ada rasa kebersamaan..
Catat Ulasan