2/28/2009

Keajaiban Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

sumber gambar

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

2/12/2009

Jaulah Damietta,Lihat Laut.Terlontar Jauh


Pada hakikatnya kaki ni terasa begitu malas untuk berjalan atau melangkah keluar dari Kaherah. Tapi bila fikir punya fikir, apa guna merantau ke negara orang kalau tak merajinkan kaki untuk meneroka setiap inci bumi anbiya' ini. Lagipun Tuan Guru saya turut serta dalam program kali ini. Jadi seakan tiada alasan untuk saya tidak pergi. Tak gitu?



Langkahan pada kali ini adalah Dumyat/Damietta. Merupakan kawasan persisiran pantai yang juga merupakan muhafazah yang paling jauh,berada di hujung Mesir..

Matlamat ekspedisi: Pastinya melihat bahasa Tuhan pada kita. Tapi yang sampingannya pasti ada iaitu, MENCARI KERANG..hehehe

8.00 pg (lebih kurang). Dihadapan Darul Iman Student's Hostel(DISH). Ikhwah mula berkumpul dan bersedia untuk menawan semua kerang-kerang yang ada di muka bumi Dumyat. Secara peribadi, saya telah menetapkan satu 'target' ingin mengutip lebih banyak dari akhowat yang dikatakan mampu mengumpul sebanyak 4 guni(toqki dan toqwan pun pergi juga.khabarnya seronok..). Jadi terkumpul satu semangat yang membara untuk mengutip lebih banyak dari akhowat. :)

Perjalanan pun bermula. Diantara laluan kami ialah mansoura. Saya sebelum ni belum pernah melihat apatah lagi menjejak kaki ke mansoura. Tapi pada perjalanan kali ini, saya dapat juga melihat mansoura. Satu sahaja komen yang dapat diberikan, Mansoura mengingatkan saya pada Malaysia. sebab selama di Kaherah, saya jarang sekali dapat melihat tumbuhan hijau. Yang selama ini mewarnai mata hanyalah debu-debu yang berterbangan.Hinggakan pokok-pokok juga habis dilitupi dengan debu. Bersama kami ada juga sahabat dari Jordan Hadi dan Atiff. Komen Hadi pada Cairo," Tebalnya debu,macam kabus." Jadi tak hairanlah kalau kitab dan buku saya kalau tak disentuh sehari,maka akan adalah debu diatasnya. Mungkin juga ini bahasa Tuhan pada kita. Supaya lebih selalu menyentuh al-Quran dan kitab. Untuk kita lebih sedar dan terpukul dengan sindiran Allah...mungkin...














Sebaik tiba di Dumyat, YDP KPT Ust. Shafizi pun memberi sedikit taklimat untuk sepanjang program ini dan mengingatkan tentang keselamatan diri masing-masing(sume tgh khusyu' dengar celoteh Ust Syafizi..cube tengok Zuket,dah tak sabar untuk terjun ke laut..)
Sebelum menerjunkan diri ke dalam laut Maditeranean yang sejuk, kita solat jama' qasar zuhur dan asar dulu...

Antara sedutan-sedutan di pantai...
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket



PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket



Photobucket

PhotobucketPhotobucketPhotobucket



Di akhir program,penuh dengan kecerian dan ukhuwah yang berbunga..




2/08/2009

Refleksi diri...

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

C/O:
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

dalam mengisi celahan waktu pada 5 waktu solat yang terlalu banyak lapangnya,mungkin membuat saya berasa sunyi dan menjadi begitu mudah melayan perasaan.Bahannya adalah lagu-lagu dan bahan bacaan..lagu Permataku dendangan Mirwana memang begitu asyik apatah lagi bagi saya yang berada di perantauan. Pasti merindukan mereka yg jauh.

Rindu ni ibarat bara api..hangat dan menenangkan. Tapi bila membesar dan membarah menyebabkan terkadang berasa begitu pedih...

Rindu pula pada ummi,ayah,keluarga,hammad yg comel, adik beradikku di KMM dan Malaysia..

Rindu dan merindui ni tak boleh dilayankan sangat.Biarlah sekadar bara-bara api sekadar menghangatkan. Jangan biar HANGUS!


















dalam melayan perasaan,jangan kita terlalu hanyut dengan perasaan. Takut-takut hanyut jauh,hilang entah kemana..

jadi saya pun menyibukkan diri dengan membaca sebanyak yang mampu..

1.Penawar Bagi Hati
Penulis-Syeikh Abdul Qadir al-Mandili al-Indonesi
Jenis-Tasawuf
Bahasa-Bahasa Melayu bertulisan Jawi lama
Ulasan-
Tak usah dipertikaikan lagi.Kitab ini memang mampu menawarkan penyakit hati. Tulisan ulama ini seakan-akan membelai dan memujuk jiwa saya. seakan kita mampu berkomunikasi dengan sang penulisnya. Setiap kata susunan ayat tersebut seakan mampu berkata-kata dengan kita selagi mana kita cuba untuk ikhlas dalam menuntut ilmu dan tajdid diri.

2.Bidayatul Hidayah
Penulis-al-Imam al-Hujjatul Islam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad at-Thusi al-Ghazali
Jenis-Fiqh seharian dan Tasawuf
Bahasa-Bahasa Melayu bertulisan Jawi
Ulasan-
Permulaan bagi hidayah adalah nama bagi kitab ini yang mengajarkan kita setiap perkara yang perlu dilakukan seorang mukmin dan muslim.Bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula,setiap inci perkara seharian kita akan diterangkan. Teramatlah sesuai bagi saya sebagai orang yg baru mula untuk mencari-cari jalan hidup(macam saya....)

3.Kenapa Aku Meninggalkan Syiah(Pengakuan Ulama Syiah Kepada Allah dan Sejarah)
Penulis-Syeikh al-Allamah Dr. Husain al-Musawi
Jenis-Pendedahan
Bahasa-Bahasa Melayu
Ulasan-
Menyingkap hakikat sebenar syiah yang berselindung disebalik topeng kecintaan terhadap ahlul bait.Buku yang ringkas dan mudah difahami.Amat sesuai bagi yg ingin mencari rahsia-rahsia yg tidak diketahui oleh kita.Mengungkap juga penyelewengan ulama-ulama syiah terhadap agama dan pandangan mereka terhadap ahlul sunnah wal jamaah.

4.Fiqh Sirah
Penulis-Syeikh Ramadhan Buti
Jenis-Sirah
Bahasa-Bahasa Melayu
Ulasan-
begitu lama saya sudah memiliki buku ini. cuma kesempatan dan 'mood' membaca yang sering membuat pembacaan saya sering terbantut. Jadi dengan kesempatan cuti ini,saya mengambil kesempatan untuk membacanya. Buku ini membawa kita mengetahui hakikat sebenar setiap ketentuan yang Allah taqdirkan untuk perjalanan hidup Rasul dan Islam hingga memberi kesan kepada perkembangan Islam, bukan sahaja pada masa silam,tapi hingga kini.
Sirah juga merupakan satu tarbiyah. Allah hendak memberitahu kita bahwasanya pada setiap yg berlaku pada kita sudah pasti adanya kebaikan. Memetik kata-kata secara umum Syeikh ibnu Athoillah dalam kitabnya al-Hikam."sesungguhnya berbuat sesuatu keburukan pun ada kebaikan." Dalam kita berbuat dosa pun ada terselit kebaikan disitu. Kerana dengan berbuat dosa kita,kita bertaubat. Berbahagialah orang yg apabila berbuat dosa dan bertaubat sungguh-sungguh.
Mungkin dengan pengkajian hidup Rasulullah,kita akan lebih mudah untuk menerapkan pola hidup baginda pada kehidupan kita.

5.Pearl Of Wisdom
Penulis-Fethullah Gulen
Bahasa-Bahasa Inggeris
Jenis-kehidupan Mukmin
Ulasan-
Ketika di Maarad Kutub(Ekspo Buku),saya pergi ke petak jualan dari Turki.Saya pun bersembang dengan tuan punya kedai. Dia perasan yang saya ni asyik memerhati pada buku-buku tulisan Fethullah Gulen(murid kepada Badiuzzaman Said Nursi pemangkin gerakan Islam di Turki). Dia segera mengajukan pada saya dua buah buku. Iaitu Pearl of Wisdom dan satu lagi buku berkaitan Fiqh Sirah. Dia mengatakan ini adalah buku yg terbaik. Saya pun membaca isi kandungannya. Secara keseluruhannya,penulis seakan ingin mengajar kita untuk menjadi 'Ideal Muslim'. dalam ini juga dimasukkan juga berkenaan kerajaan Islam. Ini seakan satu kelegaan bagi saya. Kerana kehidupan manusia atau mukmin itu tidak boleh untuk terlepas dari politik atau pemerintahan. Dengan pemerintahan pelbagai hukum dapat dijalankan. seperti di dalam buku Islam and The World' tulisan Abu Ali Hassan An-Nadwi,menceritakan betapa ruginya dunia atas sebab kejatuhan Islam(beli juga,tapi tak baca lagi..)

ada lagi yang saya beli macam Thibu An-Nabawi(baru baca bab sakit kepala. sebab selalu sangat sakit kepala),Islam and The World dan Tales From Rumi(Hikayat dari Jalaluddin ar-Rumi-Petikan dari kitabnya yang terkenal al-Mathnawi)

Khas untuk kakandaku yang tercinta,
The Statue Of Soul-Fethullah Gulen
-anas tak buka pun plastiknya lagi.tunggulah hujung tahun nanti yer...