8 MAC 2008, Sabtu
Hari ni hari org mmbuang undi.debaran plg kuat bg kedua-dua belah pihak.umi dan ayah buang undi di Sek Keb Kampung Sentul Patah.kat situ pondok panas yg paling meriah dan ramai yg dtg.pondok panas BN terperosok ke dalam dan ditenggelami dgn lautan bendera PAS.Diatas lak sepanjang jalan menuju ke sekolah dipayungi bendera PAS.kiranya siapa yg lalu disitu dipayungi bendera PAS la.dan dikatakan itu bendera PAS terpanjang di Terengganu(bangga Cik Ani Taha).sepanjang kat Sentul Patah ok jer x byk hal cuma polis mengada-ngada x bg org Pas duk kat tepi pagar sekolah.padahal org nak jg tempat tu jer.
dalam jam 10 lebih ana bertolak ke Kuala Terengganu nak sarapan jap sebab kat Marang sume kedai tutup.semasa nak ke sana kami melalui Kg. Rusila.semasa di simpang untuk masuk ke sek keb Rusila ana lihat ada sekumpulan pemuda yg sudah siap berbalut muka dengan bendera PAS.gamaknya macam pejuang2 Palestin.mereka dah bersiap sedia berdepan apa sahaja.dihadapan mereka pula ada sekumpulan FRU(anjing kerajaan) yg juga telah bersiap untuk melakukan apa sahaja keatas pemuda2 tersebut.kami jadi teruja.....sesampai di kedai makan kami order nasi ayam(sarapan yg dijama' sekali dgn lunch).kami jadi bersemangat dan ingin segera ke rusila semula.
ayah terus ke rusila semula...kami parkir di bawah jejantas yg masih dalam pembinaan.kami keluar dan ketika jalan mmg sesak.dari kejauhan kami lihat di helikopter berlegar berhampiran Masjid Rusila.
Tiba-tiba ada sekumpulan org sedang lari mengejar seorang yg sedang menaiki motor.ada seorang lelaki segera mghayunkan satu tendangan layang dan berterbangan ke atas pemandu motosikal tersebut.lelaki yg melakukan tendangan tersebut hampir2 dilanggar bas kerana terlajak ke hadapan.tapi selamat....
kami beransur menuju ke Masjid Rusila.pada waktu tersebut keadaan masih gamat.dan dalam jiwa kami sentiasa mendoakan keselamatan sahabat2 kami.Azan Zohor berkumandang....tanpa membuang masa kami ke Masjid untuk solat.setibanya di perkarangan masjid ada ramai pemuda tgh duduk dan berehat.kami terus ke kolah wudhu'.tangan dimasukan ke dalam kolah terasa kesejukan airnya.berniat wudhu' kami menyapu air ke muka dan membasuh anggota yg lain pula hingga selesai.kaki terus berjalan masuk ke dalam masjid untuk solat sunat.namun x semena-mena terasa satu kepedihan yg lain macam.seperti kulit muka ini ada luka.arghh....pedihnya.....ana melihat ayah dan adik ana.rupanya mereka pun kepedihan.pandangan makin x jelas.arghhh....pedihnya x pernah di rasai sebelum ni.ana segera ke pili air dan membasuh muka ana.x hilang juga pedihnya....terus ana acukan kepala ana di bawah pili air dan membasahi keseluruhan kepala ana.terasa sedikit kesejukan....
ah....biarkan sahaja kepedihan ini....ana segera masuk ke dalam masjid.dilihat jemaah telah mula masuk ke dalam saf.Tok Guru rupanya imam solat zohor ni...ana segera masuk ke dalam saf yg pertama.biarkan sahaja kepedihan ini,bagaimanakah rasanya sahabat2ku di Palestin gumam hatiku.
saat itu terasa bacaan tok guru begitu mendayu dan sarat dgn harapan.ana turut larut dalam pengharapan pada yg Khaliq.
seusai solat jama' ana terus berdoa kepada Tuhan agar kami diberi bantuan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan