3/11/2008

Detik-detik kenangan PRU-12 di Terengganu dan Kelantan

Alhamdulillah ana br pulang dr Terengganu pada jam 8.10 malam tiba di rumah.walaupun penat tp kerana terlalu ingin berkongsi cerita semasa PRU12 ana tetap online dan mencoretkan kisah-kisah yg berlaku sepanjang ana disana.

7 Mac 2008,Jumaat
Bertolak dr rumah di awal pagi dr Pasir Gudang.sepanjang perjalanan ana mencuci mata melihat kempen2 poster yg dilakukan oleh ahli2 politik.di Johor pemandangannya bese jer....tp bila dah mula masuk ke Pahang bahang pilihan raya sedikit terasa berbanding di johor yg ntah ape2...yang paling terasa kepanasan PRU bila dah mula masuk Chukai(sempadan pahang-terengganu)poster2 dan bendera2 dah mula memenuhi ruang lingkup bandar dan pekan.sume berlumba2 memasang bendera.ada yg gedabak beso......(bendera pas senang la nak wat beso,tp bn payah.sebab tu x byk jumpa).ade yg letak dipuncak bukit2......(ntah sape la yg jenuh mendaki).ade replika.....(kereta F1,jet,helikopter,motor dll).senang citer memang cukup gempak.....
sampai di masjid untuk solat jumaat,khatib baca khutbah ttg politik,ttg calon dan poltik Islam.semangat betul khatib tu.....rasanya itu masjid persendirian dibwh kelolaan Pas,sbb klu di bwh kerajaan negeri mana boleh...sebenarnya x salah pun jika kita bincang ttg politik di surau @ masjid, kerana ia perlu bertindak sebagai pusat masyarakat dan penyebaran ilmu.tp politik itu mestilah politik Islam.bukan polti mengarut dan x tentu hala.politik yg membincangkan maslahat ummah.
perjalanan diteruskan sehingga ke marang.satu tempat yg ditargetkan sebagai tempat PANAS!!!di jambatan Marang yg merentasi Sg.Marang ada satu yg sangat menakjubkan.....sepanjang jambatan tersebut tiada satu pun bendera Umno/BN yg mampu dipasangkan di jambatan tersebut.semuanya dipenuhi dgn bendera PAS!!rupa2nya di jambatan tersebut ada sekumpulan lelaki x kira tua,muda dan kanak2 menjaga kawasan tersebut.sebab tu org UMNO/BN x berani nak pasang kat situ.
Perjalanan diteruskan ke Gong Badak.seperti biasa poster sememangnya memenuhi ruang lingkup kawasan sepanjang dalam perjalanan.sampai di Manir(kat round about Manir) salah satu tempat yg paling panas di Terengganu.disinilah ada perkelahian antara org Pas dan UMNO untuk mencabut bendera PAS di roundabout situ.ada satu bendera Pas yg gergasi di tengah2 round about.sampai hari akhir x de sape berani cabut bendera kat situ sbb taku kena kejar dgn org2 kampung.
Akhirnya....sampai gak di kampung ana...kampung sentul patah....situ mmg kawasan kuat Pas...kecuali beberapa kampung disekeliling yg masih TOTOK dgn UMNO.masa ana sampai dah tg malam.mmg penat gak ar....tp mase tgh rehat, kami terdengar berita ada 9 buah bas dr luar dah sampai di kuala ibai(dekat kawasan masjid terapung..)dgn mmbawa pengundi hantu.beberapa org kampung segera ke sana tp ana x gi la..penat....
cite ttg pengundi hantu kat kuala ibai itu terhenti setelah polis msk cmpur dan bawa ke wisma negeri.dgr cite teruk bas2 kene baling batu dgn org kampung.driver lak kene pukul sampai berdarah kepala....
bersambung......(dah penat sgt daaaa......esk nak gi Melaka lak,nak amik result SPM.nantikan debaran yg lebih HEBAT semasa berdepan dgn pejuang2 di rusila dan FRU)

Tiada ulasan: