3/29/2008

Al-Quran & Matematik


Mungkin sudah ada yg tau tp klu yg belum tau perhatikan betul2 dan klu x phm berilah komen

3/23/2008

Kederhakaan BN Kepada Institusi Diraja(Apatah lagi kepada Allah!)

kebelakangan ini kita dapat lihat kebangkitan kekuasaan Institusi Diraja.Sultan membuat pelbagai kejutan hingga membuat BN pening kepala.selama ini kita pandang ringan kepada kuasa Raja.

Yang terbaru kelancangan BN Terengganu mencabar kekuasaan institusi diraja.Adun BN boleh memulau majlis pemberian watikan pelantikan MB.tp berbeza situasi pula ketika DAP ingin mmbuat pemulauan.dikatakan pembangkang derhaka kepada Sultan dan institusi Diraja.tetapi jika BN melakukannya pula dianggap suara rakyat kerana mereka wakil rakyat yg dilantik ketika pilhanraya(bukan wakil rakyat tp wakil hantu!).Tengku Adnan pula mengatakan PM telah melantik Idris.ini menunjukkan kebiadaban BN dengan menafikan hak pemangku Sultan dan majlis penasihat.hak pelantikan adalah pada pemangku Sultan dan majlis penasihat.begitulah biadabnya BN.
BN sanggup melakukan apa2 asalkan hasratnya tercapai.ini dilihat dengan pemecatan Ahmad Said(bakal MB) bagi mengelakkan Ahmad Said dilantik.begitulah pesona kejahatan BN dalam melakukan apa2 hingga sanggup menikam dan menjatuhkan sahabat sendiri.masakan PAS mahu berunding dengan UMNO jika begitu keadaannya.org Melayu patut sedar siapa yg sebenarnya yg telah khianat kpd bangsa Melayu.Melayu Pulau Pinang yg sekian lama mundur hasil dari 'keberkesanan' DEB dituduhnya pembangkang yg baru beberapa hari ingin menjatuhkan bangsa Melayu.sedarlah dr tidur sahabat sekalian.

3/20/2008

Masanya....

salam ukhwah buat antum semua....
selepas keluarnya keputusan SPM ana sedar satu perkara penting yg telah ana tinggalkan semasa belajar.inilah belajar....belajar dr jalan.jalan kehidupan....ana tinggalkan keikhlasan.bkn untuk Allah tp untuk diri sendiri.silap ana....kesungguhan dalam menuntut ilmu juga ana abaikan...jd transformation perlu dilakukan.pantas dan tepat.hny petunjuk dr Allah..mohon doa kalian

3/13/2008

Sambungan........

8 MAC 2008, Sabtu
Hari ni hari org mmbuang undi.debaran plg kuat bg kedua-dua belah pihak.umi dan ayah buang undi di Sek Keb Kampung Sentul Patah.kat situ pondok panas yg paling meriah dan ramai yg dtg.pondok panas BN terperosok ke dalam dan ditenggelami dgn lautan bendera PAS.Diatas lak sepanjang jalan menuju ke sekolah dipayungi bendera PAS.kiranya siapa yg lalu disitu dipayungi bendera PAS la.dan dikatakan itu bendera PAS terpanjang di Terengganu(bangga Cik Ani Taha).sepanjang kat Sentul Patah ok jer x byk hal cuma polis mengada-ngada x bg org Pas duk kat tepi pagar sekolah.padahal org nak jg tempat tu jer.
dalam jam 10 lebih ana bertolak ke Kuala Terengganu nak sarapan jap sebab kat Marang sume kedai tutup.semasa nak ke sana kami melalui Kg. Rusila.semasa di simpang untuk masuk ke sek keb Rusila ana lihat ada sekumpulan pemuda yg sudah siap berbalut muka dengan bendera PAS.gamaknya macam pejuang2 Palestin.mereka dah bersiap sedia berdepan apa sahaja.dihadapan mereka pula ada sekumpulan FRU(anjing kerajaan) yg juga telah bersiap untuk melakukan apa sahaja keatas pemuda2 tersebut.kami jadi teruja.....sesampai di kedai makan kami order nasi ayam(sarapan yg dijama' sekali dgn lunch).kami jadi bersemangat dan ingin segera ke rusila semula.
ayah terus ke rusila semula...kami parkir di bawah jejantas yg masih dalam pembinaan.kami keluar dan ketika jalan mmg sesak.dari kejauhan kami lihat di helikopter berlegar berhampiran Masjid Rusila.
Tiba-tiba ada sekumpulan org sedang lari mengejar seorang yg sedang menaiki motor.ada seorang lelaki segera mghayunkan satu tendangan layang dan berterbangan ke atas pemandu motosikal tersebut.lelaki yg melakukan tendangan tersebut hampir2 dilanggar bas kerana terlajak ke hadapan.tapi selamat....
kami beransur menuju ke Masjid Rusila.pada waktu tersebut keadaan masih gamat.dan dalam jiwa kami sentiasa mendoakan keselamatan sahabat2 kami.Azan Zohor berkumandang....tanpa membuang masa kami ke Masjid untuk solat.setibanya di perkarangan masjid ada ramai pemuda tgh duduk dan berehat.kami terus ke kolah wudhu'.tangan dimasukan ke dalam kolah terasa kesejukan airnya.berniat wudhu' kami menyapu air ke muka dan membasuh anggota yg lain pula hingga selesai.kaki terus berjalan masuk ke dalam masjid untuk solat sunat.namun x semena-mena terasa satu kepedihan yg lain macam.seperti kulit muka ini ada luka.arghh....pedihnya.....ana melihat ayah dan adik ana.rupanya mereka pun kepedihan.pandangan makin x jelas.arghhh....pedihnya x pernah di rasai sebelum ni.ana segera ke pili air dan membasuh muka ana.x hilang juga pedihnya....terus ana acukan kepala ana di bawah pili air dan membasahi keseluruhan kepala ana.terasa sedikit kesejukan....
ah....biarkan sahaja kepedihan ini....ana segera masuk ke dalam masjid.dilihat jemaah telah mula masuk ke dalam saf.Tok Guru rupanya imam solat zohor ni...ana segera masuk ke dalam saf yg pertama.biarkan sahaja kepedihan ini,bagaimanakah rasanya sahabat2ku di Palestin gumam hatiku.
saat itu terasa bacaan tok guru begitu mendayu dan sarat dgn harapan.ana turut larut dalam pengharapan pada yg Khaliq.
seusai solat jama' ana terus berdoa kepada Tuhan agar kami diberi bantuan....

3/11/2008

Detik-detik kenangan PRU-12 di Terengganu dan Kelantan

Alhamdulillah ana br pulang dr Terengganu pada jam 8.10 malam tiba di rumah.walaupun penat tp kerana terlalu ingin berkongsi cerita semasa PRU12 ana tetap online dan mencoretkan kisah-kisah yg berlaku sepanjang ana disana.

7 Mac 2008,Jumaat
Bertolak dr rumah di awal pagi dr Pasir Gudang.sepanjang perjalanan ana mencuci mata melihat kempen2 poster yg dilakukan oleh ahli2 politik.di Johor pemandangannya bese jer....tp bila dah mula masuk ke Pahang bahang pilihan raya sedikit terasa berbanding di johor yg ntah ape2...yang paling terasa kepanasan PRU bila dah mula masuk Chukai(sempadan pahang-terengganu)poster2 dan bendera2 dah mula memenuhi ruang lingkup bandar dan pekan.sume berlumba2 memasang bendera.ada yg gedabak beso......(bendera pas senang la nak wat beso,tp bn payah.sebab tu x byk jumpa).ade yg letak dipuncak bukit2......(ntah sape la yg jenuh mendaki).ade replika.....(kereta F1,jet,helikopter,motor dll).senang citer memang cukup gempak.....
sampai di masjid untuk solat jumaat,khatib baca khutbah ttg politik,ttg calon dan poltik Islam.semangat betul khatib tu.....rasanya itu masjid persendirian dibwh kelolaan Pas,sbb klu di bwh kerajaan negeri mana boleh...sebenarnya x salah pun jika kita bincang ttg politik di surau @ masjid, kerana ia perlu bertindak sebagai pusat masyarakat dan penyebaran ilmu.tp politik itu mestilah politik Islam.bukan polti mengarut dan x tentu hala.politik yg membincangkan maslahat ummah.
perjalanan diteruskan sehingga ke marang.satu tempat yg ditargetkan sebagai tempat PANAS!!!di jambatan Marang yg merentasi Sg.Marang ada satu yg sangat menakjubkan.....sepanjang jambatan tersebut tiada satu pun bendera Umno/BN yg mampu dipasangkan di jambatan tersebut.semuanya dipenuhi dgn bendera PAS!!rupa2nya di jambatan tersebut ada sekumpulan lelaki x kira tua,muda dan kanak2 menjaga kawasan tersebut.sebab tu org UMNO/BN x berani nak pasang kat situ.
Perjalanan diteruskan ke Gong Badak.seperti biasa poster sememangnya memenuhi ruang lingkup kawasan sepanjang dalam perjalanan.sampai di Manir(kat round about Manir) salah satu tempat yg paling panas di Terengganu.disinilah ada perkelahian antara org Pas dan UMNO untuk mencabut bendera PAS di roundabout situ.ada satu bendera Pas yg gergasi di tengah2 round about.sampai hari akhir x de sape berani cabut bendera kat situ sbb taku kena kejar dgn org2 kampung.
Akhirnya....sampai gak di kampung ana...kampung sentul patah....situ mmg kawasan kuat Pas...kecuali beberapa kampung disekeliling yg masih TOTOK dgn UMNO.masa ana sampai dah tg malam.mmg penat gak ar....tp mase tgh rehat, kami terdengar berita ada 9 buah bas dr luar dah sampai di kuala ibai(dekat kawasan masjid terapung..)dgn mmbawa pengundi hantu.beberapa org kampung segera ke sana tp ana x gi la..penat....
cite ttg pengundi hantu kat kuala ibai itu terhenti setelah polis msk cmpur dan bawa ke wisma negeri.dgr cite teruk bas2 kene baling batu dgn org kampung.driver lak kene pukul sampai berdarah kepala....
bersambung......(dah penat sgt daaaa......esk nak gi Melaka lak,nak amik result SPM.nantikan debaran yg lebih HEBAT semasa berdepan dgn pejuang2 di rusila dan FRU)

3/06/2008

Selamat Mengundi Kepada Pengundi

Kepada semua pengundi yg berdaftar ana ucapkan selamat dan semoga antum memilih calon yg terbaik dr sisi Allah, Islam, ummah dan masyarakat.pilih yg terbaik untuk yg terbaik. kali ini ana ikut mengundi di Terengganu. kawasan panas, Marang. SEMOGA ISLAM TERUS GEMILANG!

Ketika Cinta Bertasbih 1&2 MENGAGUMKAN!-Habiburrahman el-Shirazy



Mengagumkan!itulah perkataan pertama yg boleh diungkapkan apabila membacanya.seperti Ayat-ayat cinta, kualiti Kang Abik x menurun. kualitinya memang hebat!bagi pencinta novel cinta, hasil tulisan Kang Abik pasti tidak mengecewakan. Ia sarat dengan dakwah tambahan pula beliau tidak teragak-agak untuk menulis ttg perkara2 berkisar suami isteri tetapi ia penuh dengan kelazatan ibadah bukan cerita penuh nafsu. kekuatan dan ketegasab Azzam pasti mempersonakan hingga kita terfikir masih wujudkah lelaki sepertinya yg menolak french kiss dari seorang perempuan yg jelita?

Ulasan seputar Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck nukilan HAMKA


Bagi ana pertama kalinya membaca novel tulisan HAMKA, ia sangat menyentuh. Sarat dengan cinta antara Zainuddin dan Hayati yg dipagari dengan adat-adat Pagar Ruyong@Minangkabau. Penulis begitu imaginatif mengisahkan keadaan Padang yg penuh dgn keindahan alam ciptaan ALLAH yg masih belum terusik oleh kedurjanaan manusia. tapi yg paling menarik lagi menyayat hati adalah kisah cinta antara 2 insan yg diuji dengan pelbagai cabaran.cabaran adat.cabaran kemodenan.tp tetap setia dgn cinta mereka.tak rugi membacanya bahkan mengangkat lagi semangat kita.dari sini kita tahu cinta itu Menguat!bukan Melemahkan!!

3/05/2008

Menanti Dihari-hari Akhir Pengumuman

Semua pelajar SPM 2007 pasti sedang menanti keputusan yg bakal keluar 12 Mac ni. Pastinya debaran semakin kencang. Segala usaha yg dilakukan ingin dilihat hasilnya. Berbuah cantik atau sebaliknya. Pastinya solat hajat yang tak putus2 dan doa selalu dipanjatkan. Tapi ingatlah janganlah kita bersandar kepada usaha kita, tapi bersandarlah kepada Allah.Kerana bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yg memberi taufiq. hidayah kepada kita.
ingatlah kata2 Syeikh Ahmad bin Atho'illah :"Kekerasan semangat itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian yg luarbiasa dari seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, naka segala apa yg terjadi semata-mata dengan takdir Allah.

Sahabat2, serahlah segalanya pada Allah. Letakkan persandaran kita hanya pada Allah. Kita kena yakin pada Allah. Kalau kita x dapat 9 1A/10 1A pasti itu bukan yg terbaik untuk kita. Allah yg mengetahui segala yg terbaik untuk kita. Usah kita mengajar Allah dengan kehendak kita. Allah sebagai majikan kita pasti Dia mengetahui yg terbaik buat kita....wallahu'alam

3/03/2008

Hari-hari di TERENDAK

Berlalu hari demi hari.kerinduan yg terbuku di jiwa yg agak terubat setelah sekian lama dipendam.(pergh...mcm ayat2 cinta lak).Tp berlalunya hari2 tersebut memberi kesan di jiwa.terima kasih Sollihin,Ummi,Ust Tony,Ust Shahril dan Pengetua kerna beri kesempatan bekerja dgn antum semua. penat gak ar.walaupun baru beberapa bulan keluar tp dah mcm2 berubah kerna segala pasti berubah dan ana akan berubah.....

Diriku Dzuu Haniin

Alhamdulillah,akhirnya ada juga blog ni. walaupun serba tak tahu, tapi harap-harap nanti ada yang sudi membantu.
Dzuu Haniin : yang menyimpan kenangan.