Hayyu 'Asyir, Qahirah. Ijip 2020
Aku berlari mencari perlindungan. Peluru musuh sudah menebar sesat. Sebuah rangka kereta kebal menjadi pilihan. Nafas mula diatur kembali. Selawat keatas Nabi mulia terus bergetar di lidah. Aku mencuri pandangan andai musuh semakin mendekat. Aku menyapu pemandangan sekeliling mencari peluang dan mencipta strategi.
Aku melihat sisi kiri, kelihatan runtuhan Masjid Syarbini. Pada sisi kanan, Suq Sayarat sudah menjadi umpama bulan. Terlalu lapang. Terdedah.
Derapan kaki musuh semakin menghampiri. Aku memicing mata. Mencari idea. Kedudukan aku diselarikan dengan kedudukan musuh dan bayangan setiap kedudukan bangunan terzahir didalam minda. Rumah Terengganu..Langkah perlu diatur.
Aku berlari dicelah runtuhan bangunan sambil memasang telinga menganggar jarak antara aku dengan musuh. Larian pantas dilakukan, Steyr AUG LSW aku pegang erat. Berhenti. Sekarang hanya jalan raya yang memisahkan antara aku dengan Rumah Terengganu. Setelah keadaan dipastikan selamat, aku memecut berlari ke arah sasaran.
Misi aku kali ini adalah menyelamatkan rakyat Malaysia yang masih ada di Rumah Terengganu. Akibat kebodohan EM dan kerajaan UMNO, rakyat Malaysia ditinggalkan di Mesir. Seluruh harta negara sudah habis dicurahkan untuk kempen pilihanraya 2021. Tiada dana untuk membawa balik rakyat Malaysia di luar negara. Survival politik didahulukan, kroni diutamakan. Tak usah menambah dosa memaki mereka.
"Abul, aku dalam Rumah Terengganu. Ready!", aku memaklumkan kedudukan.
Aku terus ke Pos Kawalan melapor diri dan meminta mereka bersedia untuk proses evakuasi.
"Anas, arahkan semua ke Walidain. Trak sudah ready di sana."
Aku dan beberapa sukarelawan mengiringi segerombolan manusia. Namun tidak semena-mena terdengar bunyi beberapa das tembakan.
"Cepat bawa mereka pergi. Aku back up di belakang. Pantas!"
Aku segera meluru kedalam bangunan dan mendaki anak tangga ke arah sutuh (bahagian atas rumah yang tidak berbumbung).
Kelihatan sedozen angkatan bergerak kearah Walidain. Punat pada sisi Styer dipulas habis kepada sistem automatik dan diacu kepada pihak musuh. Beberapa peluru terus dimuntahkan. Bertempiaran pihak musuh mencari perlindungan. Seorang dari mereka gugur. Pihak musuh segera membalas tembakan. Aku segera berlindung disebalik tebing yang mengelilingi sutuh. Suasana sunyi sebentar. Selawat keatas nabi semakin rancak mengikut ombak jantung. Kelebihan berada di tempat tinggi adalah mampu melihat pergerakan musuh. Melalui pejera teleskopik, aku terus menembak musuh yang cuba bergerak mengejar gerombolan pelarian. Mereka perlu selamat!
Terdengar tembakan dari arah belakang. Ah! Bahu kiri terasa panas. Aku segera menoleh dan melepaskan tembakan. Musuh terus kabur disebalik dinding. Aku bingkas bangut dan memanjat tebing yang mengelilingi sutuh. Hanya ini sahaja ruang untuk melarikan diri. Aku terus melompat. Bahu kanan pula terasa perit. Allah.. Terimalah segala amal kebajikan aku.
Jeda. Sepi. Aku masih di udara. Matahari merenung tajam. Awan mengulum sedih. Selamat tinggal dunia.
Ermmm..Tapi kenapa aku masih tidak menjejak bumi?Adakah episod masih belum tamat? Matahari semakin merenung tajam menyilaukan mata. Putih.
Bersambung....
Nota Kaki:
1. Kena study dulu sebelum sambung malam ni.
1. Kena study dulu sebelum sambung malam ni.
2. The best way to win a war is by not fighting it- Kim Yu Shin Grand General of Sila.
Dzuu Haniin
Dzuu Haniin
Pasir Gudang, 2011