10/15/2011

In My Head

[Bismillah wal hamdulillah] [karpen]

Aku mengusap kepala si kecil yang tersadai di dadaku. Rambutnya perang. Kulitnya putih. Entah menurun ikut siapa..

Apa agaknya yang dimimpikannya. Ben 10? Upin Ipin? BoboiBoy? Angry Birds? Itulah hidangan kanak-kanak sekarang. Mainnya Ipad dan Galaxy Tab. Alaa..Aku dulu pun duduk bertapa dalam rumah juga. Mana ada main permainan kampung. Tapi dulu menghadap buku. Kalau cuti sekolah pula hafal sifir dan bacaan solat. Nerd!

"Bang, meh saya ambil dia.", tiba-tiba suara dari sebelah menggetar gegendang telinga.

"Tak apa la. Nanti abang angkat dia." balas aku.

Dia melabuhkan duduknya di sebelah aku. Menghadap langit bersih. Bagai semua bintang itu telah divakum hingga tidak tertinggal barang sebutir pun. Angin pergunungan pula membelai lembut. Nyaman.

"Jauh termenung.. Tak nak kongsi?" tanya dia dengan lembut.

Jeda. Aku tak menjawab.

"Tak apa la.. Saya tak paksa kalau abang tak mahu cerita. ", pancing dia. Riak wajahnya aku boleh baca. Tafsiran kepada penyataan sebentar tadi adalah begini, 'Kalau abang tak cerita, esok makan telur dadar, nasi kosong kuah kicap!'

"Nak cerita la ni..", sambil menyungging senyum.

"Nak tau tak?", tanya aku.

"Ermm?"

"Sebenarnya, sehingga hari ini saya rasa awak terlalu baik untuk saya.", aku memandang dia.

Dia pula tetap tidak mengubah sudut pandangannya. Menyapu dada langit yang sedia bersih.

"Saya terima abang seadanya. Abang pula menerima saya seadanyakan?", ujarnya.

"Jadi isu tadi tak timbul.", tambahnya.

Jeda. Bisik angin mengisi ruang dan masa. Masing-masing entah melayan perasan dan fikiran sendiri.

"Jom masuk. Dah lewat. Sejuk, kasihan pula budak kecil ni.", ajak aku. Aku bingkas dari tempat duduk sambil mengangkat budak 3 tahun. Langkah terarah masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba pinggangku dipaut. Aku memandang menghasilkan kerut wajah tampak tanda tanya. Dia hanya tersengih dan berkata, "Terima kasih."

Rupanya aku masih belum memahami makluk bernama wanita.

Sekian.

Nota kaki:
1. Sengaja praktis menulis. Berangan. Alirkan idea.

2. Malam ini sangat sepi.

3. Serba salah. Ketahuilah, saya sangat teruk.

4. Termenung.

5. Siapa boleh bantu saya? Teringin nak terbitkan novel. Tapi tak tahu mana nak mula. Hahaha.

Dzuu Haniin
Lelaki yang teruk.








4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama-sama islah diri ok? :)

Tarbus Merah berkata...

saya baca isi artikel ini dengan penuh senyuman sinis sambil berkata, hebat penulisannya....

Dzuu Haniin berkata...

secara sinis jer..cehh..haha

Tanpa Nama berkata...

aodi..lu kene duk ngan gua lame skit nie..