3/16/2011

Ada.Tiada.

[Bismillah wal hamdulillah..]

Riang-riang atau Pomponia imperatoria mula bernyanyi memenuhi alam. Menyanyi tanpa henti. Tanpa putus. Langit pula sudah hampir gelap. Aku masih mengelamun di hadapan rumah. Duduk atas sebuah kerusi plastik hijau dan memegang sebuah buku.

Kelihatan seorang lelaki tua menghampiri aku. Siap berbaju Melayu ungu dan berkain pelikat putih berpetak coklat. Kopiah putih lekat di atas kepala. Aku memandang dengan segaris senyum bukan kerana malas tetapi bibir aku pecah.

"Rajin baca awang wei.." sapa Ayah Wan tanpa menghulur barang sepatah salam.
"Assalamualaikum Ayah Wan..", tanpa menghiraukan penyataan beliau tentang kerajinan aku membaca, aku lebih gemar untuk memberi salam sambil menghulur tangan.

Tangan aku bersambut dan aku kucup tangannya.

Ayah Wan merupakan orang nombor 2 paling tua di kampung selepas Che Loh yang berumur 89 tahun. Beliau sendiri berumur 85 tahun.

Beliau terus duduk di kerusi hijau di sebelah aku. Aku meneruskan pembacaan aku. KEMI-"Cinta Kebebasan Yang Tersesat.". Sebuah novel. Bukan makanan. Perihal masyarakat pesantren dalam mengharungi cabaran liberalisasi yang meribut di Indonesia. Seorang ustaz meminta aku untuk membacanya. Maka aku menelitinya.

Ayah Wan sedari tadi menghendap-hendap apa sedang aku baca. Aku tak pasti adakah beliau reti membaca rumi. Kalau tulisan jawi aku yakin dia boleh membaca. Kerana kebiasaannya orang tua begitu.

"Ayah Wan ke laut tak hari ni?"
Soalan yang sengaja diajukan untuk memecahkan kesunyian. Sedangkan aku tahu orang tidak ke laut waktu angin kuat sebegini.
"Dop gi.." balas Ayah Wan ringkas.

Keadaan kembali sunyi. Hanya bunyi reriang yang mengisi sela perbualan. Kadang-kadang dihiasi dengan pemandangan 2 anak dara menaiki motor sambil dikejar beberapa buah motor lain yang ditunggangi si bujang. Menarik! Aku selalu tengok ayam dan lembu saling berkejaran tapi kali ini drama yang berubah watak.

"Anak siapa tu Ayah Wan?"
"Entah la..Dop tau gop..Orang kampung lain kut. Orang Setar.Pengkalan Kuin.."
"Ooo..", balas aku sekadar.

"Assalamualaikum Ayah Wan..Adi.."
Kami sepantas kilat memaling kepala. Ya! Kelajuan synapse adalah sama seperti kilat kerana synapse dan kilat adalah terhasil daripada pergerakan ion. Iaitu pertukaran cas negatif dan positif. Teori aku.

Rupanya ratu kampung baru tegur kami..
"Waalaikum salam Cik Timah.." balas kami serentak.
"Gi mane Cik Timah gharib gini?" tanya Ayah Wan.
"Gi umoh Mok Ngoh Meloh..Tengok tudung Rusia dan Korea.."

Peh! Baru aku tahu mainstream dunia tudung ni. Sudah masuk genre Rusia dan Korea pula. Dulu aku dengar Turki, Syria, Mesir dan entah apa negara Arab. Kemudian dengan genre artis. Tudung Mawi, Siti dan lain-lain nama lagi. Bila masa Mawi pakai tudung pun aku tak tahu. Rupanya terlalu deep untuk aku in dan memahami dunia pertudungan ni.

"Ayah Wan..Timah balik dulu deh.."

Aku mendongak pandangan. ALLAH! Berdesir hati aku. Sedikit tergugat hati aku melihat lenggok Cik Timah. Segera aku menunduk pandangan seperti Mas Kari dalam filem Dalca-Dalca Cinta.

Ayah Wan menyungging bibir membentuk sebuah senyuman tatkala melihat tingkah aku.

"Adi..Nikoh deras!"
"Ishh..tak habis sekoloh lagi Ayah Wan!"

Ayah Wan ketawa.

"Tengok mende tadi?"
Aku tersengih.
"Cik Timah la Ayah Wan.."

"Rasanya Cik Timah tu wujud ke tidak?"
"Ha? Dah ada depan mata. Takkan tak wujud!'

Ayah Wan terus tersenyum sambil bangun dari kerusi.
"Adi..Jika matahari ada, adakah ia ada di Bumi? Walaupun wujud pantulannya. Bila yang Maha Indah ada, adakah ada yang lebih indah di Bumi?Walaupun yang cantik itu ada."

Aku melongo.
"Bila ada yang Wujud, maka adakah wujud yang lain? Walaupun ada yang ada." ujar Ayah Wan sambil berlalu pergi menghala ke surau di sebelah rumahku.

Aku termenung. Azan Maghrib berkumandang. Aku masih terpana. Kaki mengarah masuk ke dalam rumah. Pintu bilik air dibuka. Pili air dibuka. Air disapu ke muka.

Warung Ayah Ngoh bergema dengan lagu Kekasih Halal daripada Wali band.

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Ayah Ngoh sambil menebar roti canai mulut sudah berkumat kamit. Kalau disalah pandang mungkin disangka sedang membaca ayat pelaris pada tebaran roti. Walhal mulut sedang berzikir lagu Wali band. Tiap-tiap pagi memang akan dipasang lagu Wali band. Sudah banyak kali pelanggan meminta supaya memasang lagu Maher Zain. tapi lansung tidak dipedulikan oleh Ayah Ngoh.

Allahuakbar..
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

Tiba-tiba lagu Wali band ditukar kepada lagu Maher Zain Always Be There. Timbul sedikit kekecohan berlaku antara Ayah Ngoh dan pelanggan yang fanatik terhadap artis yang diminati. Hingga ada keluar daripada warung.

"Jom gerak sayang.." ajak seorang lelaki kepada teman wanitanya.
"Sayang tengok tu orang gila..Orang gila!" jerit seorang pemuda kepada Adi yang berpakaian comot. Berlumpur. Seluar terkoyak.
Pemuda tersebut mengatakan sesuatu kepada teman wanitanya.
Tiba-tiba saat pemuda tersebut memalingkan wajahnya ke hadapan, wajah comot Adi sudah berada di hadapannya.
"Aku mungkin gila. Tapi kau lebih gila!"

Lelaki tersebut terpinga-pinga.

"Kau gila perempuan!" sambil menunjuk kepada teman wanita lelaki tersebut.
"Kau gila harta!" sambil merampas kunci BMW dari tangan lelaki itu.
"Yang paling gila adalah kau berasa ada sedangkan hakikatnya diri kau tu TIADA! Bongkak. Sombong. Kufur. Semua tanda engkau merasa ada pada wujudnya diri kau. Sedangkan yang wujud hanya Allah."

"Mana mungkin sesuatu yang tiada berasa ada!" sambil Adi berlalu masuk ke dalam kedai.

"Eh Adi? Kenapa comot macam ni? Habis kotor pakaian kau!" tanya Ayah Ngoh.
"Erkk..Tadi balik dari hospital terjatuh dari Ninja."


3 ulasan:

Qistina Qibtiya berkata...

menarik!! msg berjaya disampaikan...

terjatuh dari ninja???

Dzuu Haniin berkata...

ninja adalah motor jenama Kawasaki

.:: Imran Jaamat ::. berkata...

Bestnyo baco blog dio...
Tengqiu...