"Awak celaka!"
"Ok.."
Gua hanya memandang jauh. Kosong. Telinga bersumbat earphone. Bukannya aku mendengar lagu. Sengaja. Sebagai tanda tidak mahu diganggu.
"Ooo..Awak jumpa perempuan comel lain, awak tinggalkan saya."
"Haah..Oh ye. Minta maaf saya lupa bagitahu awak diawal perkenalan yang saya ni gila perempuan."
"Awak tak guna!!!"
Satu tendangan tepat di bahagian abdomen gua. Gua lupa. Awek ke 16 ni belajar Judo. Gua mengerang kesakitan. Tetapi kesakitan di hati lebih perit.
Sambil menghadap Laut Maditeranean, gua menghembus satu keluhan. Kelihatan kepulan wap keluar dari mulut. Serius sejuk!
Gua seluk poket jaket kulit. Sebatang coklat jenama Mandolin diambil. Perlahan-lahan gua kunyah. Pahit! Bukan Mandolin yang pahit. Tapi hati rasa pahit. Macam...Rasa macam makan jeruk zaitun. Hampes! tak sedap.
Perasaan bukanlah suatu yang boleh di'handle' dengan mudah. Sifat gua yang mudah terjatuh hati. Tergelungsur. Tergolek. Tersembam terhadap perempuan menyebabkan gua tidak mampu setia. Tidak mampu! Haishh..
Teman wanita gua yang pertama, sekarang merangkap kawan baik gua. Dia kata gua terlalu susah untuk dijangka. Tiba-tiba sudah berubah hati.
Teman wanita yang ketiga pula, sekarang sudah remove gua dari friend list Facebook. Dia kata gua terlalu mata keranjang. Keh keh keh..
Bak kata ustaz yang mengajar kelas Tafaquh Fiddin, tiada Ghadul Bashor..Tak menjaga pandangan!
Minggu lepas, gua baru sahaja dibelasah awek ke-16 akibat gua minta putus hubungan. Alasan yang gua bagi, jumpa makwe baru yang comel. Itu hanya alasan. Ye. Alasan.
Hakikatnya gua sudah tak sanggup lagi 'in relationship', sebab akan datang gua akan jatuh hati lagi. Bila gua mengorat, bermakna akan datang dia akan sedih dan dikecewakan.
Ermm..Bujang pun ok apa?
Rupanya sudah 10 batang Mandolin gua telan. Alhamdulillah gua peminat tegar Mandolin. Kalau gua perokok tegar? Dosa gua bertimbun siapa mahu tanggung?Bukannya kanak-kanak tidak baligh lagi..
Bekalan Mandolin nampaknya sudah habis. Kenalah beransur balik ke hotel. Perlu sambung mengarang novel yang tertangguh.
Gua berjalan pulang. Tiba-tiba bahu gua disentuh..
"Jom Kawin!.."
Erkk...
Nota Kaki:
1. Mandolin adalah sejenis dadah yang merbahaya!
2. Ini hanya kisah seekor Ascaris lambricoides yang berangan.
3.
4. Gua dah jumpa video iklan promo Mandolin. Terima kasih Dr. Alex(Yim)
Iklan promo Mandolin
diambil dari sini |
Wallahualam..
Bagai makan Mandolin tak habis..
DzuuHaniin.