"95..96..97.......98........99..................100!!"
Ahmad melihat Iqbal dengan pelik, "Bal, senior denda kau ke?kenapa sampai pumping lak ni?
"Takde la..senior-senior kan baik. Mana ada denda aku..Aku yang denda diri sendiri..."ujar Iqbal sambil melihat tangannya yang terketar-ketar.
"Aik?? Ada juga manusia macam kau eh?"
"Tu kau tengok dan baca di cermin aku tu.."balas Iqbal.
"1. Muahadah(berjanji dengan Allah),
2. Muraqabah(menghampirkan diri dengan Allah),
3. Muhasabah,
4. Muaqabah(denda),
5. Mujahadah(bersungguh-sungguh).."
"5M tu apa yang kau perlu buat kalau mahu istiqamah dalam satu perkara." terang Iqbal.
Berani Untuk Berubah!
Istiqamah itu melebihi seribu karamah. Nah, istiqamah itu sendiri adalah karamah. Maka apa yang diberi ini adalah bukan suatu perkara mudah!
5 Mim itu saya perolehi ketika bersama Tuan Guru yang mulia Ustaz Ahmad Fahmi bin Che Nordin(ianya tertulis di dinding bilik beliau). Tidak kira jika kita mahu berbuat kebaikan atau meninggalkan kemaksiatan, formula 5 M ini insyaAllah mampu membantu.
Tapi yang diperlukan disini adalah keberanian untuk berubah dan TEKAD kita. Jika kemahuan atau iradat kita lemah, maka berterusanlah kita tenggelam bersama nafsu serakah kita (adakah anda masih ingat cara hipotesis sekolah rendah? Jika dan Maka?Ini hipotesis saya!).
Hidup adalah eksperimen, jadi jangan putus asa dari mencuba. Gagal tersungkur di hadapan nafsu meskipun beribu kali jangan jadikan ianya alasan untuk mengaku kalah. Jika Thomas Edison itu kafir tidak tahu syurga atau neraka, dosa atau pahala lansung tidak kenal erti putus asa maka kita??
Saya serahkan kembali semua kepada Allah, moga apa yang tertulis punya kesan di hati penulis sendiri...Wallahualam
Hidup bersama tujuan, meski jasad mati tujuan akan hidupkan jasad!
2 ulasan:
ya. kakakmu ini (bukan kakek ok) sudah ber'eksperimen' men'deactive'kan aku fesbuk. owh yeah..lega
bagaimanakah ayat itu..seperti tunggang terbalik..huhu..
deactivate?bakpe?
Catat Ulasan