6/20/2010

Padre es el fuego

Bismillah wal hamdulillah..

Semalam dengar lagu Walou, sambil me'rapping' teringat ke ayah. Menerawang sebentar, mengingati saat-saat bersama ayah.Apa ye? Rasa kosong. 

Saya cuma teringat ketika kecil saya menunggang ayah main kuda. Sambil pulas telinga dan ayah pun bergerak keliling ruang tamu...hehehe

Saya cuma teringat tangan ayah yang besar dan kasar.

Saya cuma teringat kedut-kedut di dahi ayah.

Saya cuma teringat badan ayah. Bahagian leher dan ke atas gelap. Tapi bahagian badannya sangat putih..

Saya cuma teringat mata ayah berwarna coklat dan kelilingnya hitam.

Ketika ayah bekerja di Pelabuhan Pasir Gudang, seusai pulang kerja di waktu petang, saya akan berebut dengan adik untuk membasuh baju ayah. Sebab dalam baju ayah ada duit. Siapa yang basuh akan dapat duit tu..Dan saya masih ingat bau minyak yang hitam pekat melekat pada baju ayah.

Bila saya menjangkau umur 10 tahun ayah mula kerja jauh. 2 minggu ke laut dan 2 minggu di darat.  Berjauhan...

Padre es el fuego..Ayah itu api. Teringat pada kesungguhan ayah membuat saya kembali sedar. Saya hidup terlalu senang. Sedang ummi dan ayah hidup yang menanggung rasa..

Padre es el fuego..Ayah itu api. Walaupun tanpa kata-kata, hadirnya ayah menghangat perasaan, membakar semangat.

Padre es el fuego..Ayah itu api.  Tinggalan obor pada kehidupan silam ayah menyuluh jalan aku sekarang. Aku tidak akan dapat apa yang aku ada sekarang, jika dahulu ayah tidak berkorban ketika belajar. Ummi cerritakan semua kisahmu..

Terima kasih ayah..saya sayang ayah..

Oh ayahku yang sangat kacak..sebab itu anak dia tampan juga..hehe. =_="





6/16/2010

Look Into My Eyes

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Bismillah wal hamdulillah...
Hari-hari study, tapi bila ditemani orang tersayang secara maya hati jadi tenang. Itu hakikat!(terima kasih..hehe).

Suatu hari otak rasa amat tertekan, saya pun buka la kitab kecik hijau yang telah lama ditinggalkan. Karya himpunan oleh Habib Zain Sumait. Cuba untuk beramal semula setelah lama melarikan diri.(huhu..)Dalam masa yang sama otak ni menyanyikan satu lagu. Apa lagi jari pun bertanyalah kepada Encik Google. Look into my eyes by Outlandish.

Rindu saudaraku di Palestin, Gaza...

Ermmm...saya pun mencapai marker(apa dalam bahasa melayu ye??) berwarna merah, mula menconteng cermin di bilik. Cantik juga karya tu...Nak tau saya tulis apa, kena datang bilik. 
Ramai orang berangan mahu ke Gaza, mahu berjuang. Tapi saya mahu bertanya apa persiapan kamu(saya juga la..)??

Belajar malas. Hidup dengan hiburan, lagha. Fizikal lemah.  Itu kah ciri-ciri pejuang yang mahu ke medan peperangan? Jom bersiap untuk ke medan peperangan!Saya tekad mahu ke Gaza!Anda?

Wallahualam...
Sudut Mengarut
Dah berapa hari menyeksa tubuh badan sampai kadang-kadang dapat rigor mortis(hehe..). Ia satu yang memuaskan (=w=)b..saya bukan bersifat sadistik ye...jangan takut!

6/04/2010

Denda!!

Bismillah wal hamdulillah

"95..96..97.......98........99..................100!!"
Ahmad melihat Iqbal dengan pelik, "Bal, senior denda kau ke?kenapa sampai pumping lak ni?

"Takde la..senior-senior kan baik. Mana ada denda aku..Aku yang denda diri sendiri..."ujar Iqbal sambil melihat tangannya yang terketar-ketar.

"Aik?? Ada juga manusia macam kau eh?"

"Tu kau tengok dan baca di cermin aku tu.."balas Iqbal.


"1. Muahadah(berjanji dengan Allah),
2. Muraqabah(menghampirkan diri dengan Allah),
3. Muhasabah,
4. Muaqabah(denda),
5. Mujahadah(bersungguh-sungguh).."

"5M tu apa yang kau perlu buat kalau mahu istiqamah dalam satu perkara." terang Iqbal.

Berani Untuk Berubah!

Istiqamah itu melebihi seribu karamah. Nah, istiqamah itu sendiri adalah karamah. Maka apa yang diberi ini adalah bukan suatu perkara mudah!

5 Mim itu saya perolehi ketika bersama Tuan Guru yang mulia Ustaz Ahmad Fahmi bin Che Nordin(ianya tertulis di dinding bilik beliau). Tidak kira jika kita mahu berbuat kebaikan atau meninggalkan kemaksiatan, formula 5 M ini insyaAllah mampu membantu. 

Tapi yang diperlukan disini adalah keberanian untuk berubah dan TEKAD kita. Jika kemahuan atau iradat kita lemah, maka berterusanlah kita tenggelam bersama nafsu serakah kita (adakah anda masih ingat cara hipotesis sekolah rendah? Jika dan Maka?Ini hipotesis saya!).

Hidup adalah eksperimen, jadi jangan putus asa dari mencuba. Gagal tersungkur di hadapan nafsu meskipun beribu kali jangan jadikan ianya alasan untuk mengaku kalah. Jika Thomas Edison itu kafir tidak tahu syurga atau neraka, dosa atau pahala lansung tidak kenal erti putus asa maka kita??  

Saya serahkan kembali semua kepada Allah, moga apa yang tertulis punya kesan di hati penulis sendiri...Wallahualam

Hidup bersama tujuan, meski jasad mati tujuan akan hidupkan jasad!