Ada seorang sahabat minta juga untuk tulis dalam blog ini. Hasrat hati nak sambung menulis ketika cuti di Malaysia nanti. Ada projek besar akan dijalankan. InsyaAllah..
Sepanjang duduk di Mesir antara topik dan bahan bualan adalah PERKAHWINAN.(hahaha..). Jadi tidak hairan kalau pelajar-pelajar Mesir ramai yang bernikah awal. Semua sudah faham tentang perkahwinan. Jelas! Tak perlu nak dibincang panjang lebar pro dan kontranya. Semuanya atas kita...
Teringat detik-detik bersama Tuan Guru tercinta, terkadang timbul juga bab ini. Saling berkongsi perasaan sebab masing-masing berjiwa muda. Pesan beliau, 'Jodoh ini kan barang takdir. Takdir ni akan sampai juga pada kita. Jadi tak perlu pening-pening.'
Si dia biarlah di sana. Sampai masa, sampai takdir, saya sampai. Moga yang dijaga akan terjaga. Namun yang penting biar hati yang JAGA melihat Allah dan bahasanya pada kita..Moga kehendak Allah bersama kehendak saya...Wallahualam!
3 ulasan:
salam akhi
betul tak perlu pening2.Allah dah sediakn untuk kita sebenarnya.lagi satu, bercinta selepas bernikah adalah lebih manis dan berkat.maaf ats pdgn saya ini
btol2.. x yah pkir2. mmg tyme usia kte cm ni mmg pkir bnde 2. dh abg jgn pkir2 lg. suh je umi cri.
waaah..bagus sekali adikku.just wait n see la...haha
Catat Ulasan