4/14/2008

Kisah Guan Eng

Cerita menarik yang saya perolehi dari
sahabat2 di Kedah dan Penang ...



Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri
Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam
ucapannya, dia kata dia nak jadi macam
khalifah Umar Abdul Aziz.



Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut
hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni
dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz.
Dia bukan tau siapa dia Umar
sebenarnya. Dia pakai sebut saja
agaknya..."



Tak semena2, Guan Eng meneruskan
ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia
hanya bercerita kisah kehebatan Umar
Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat.
Umar pulang balik peruntukan kerajaan
kepada dia. Umar padam lampu kerajaan
kerana anak dia datang nak tanya urusan
peribadi dan berbagai2 lagi.



Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama,
Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia
berazam nak jadi pemimpin macam Umar.
"Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan
saya berazam akan mengotakan janji saya
untuk menjadi Umar Abd Aziz."



Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk
rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak
ada rumah sendiri. Dia menumpang di
rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya
Kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia
kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di
renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00.
Saya tak rela duit rakyat dibazirkan
untuk kediaman seorang ketua menteri....



Balik semula kepada kisah tadi... Dalam
sessi soal jawab, ada seorang hadirin
tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd
Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak
tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa
saya di penjara, antara orang yang
kerap mengunjungi saya ialah Dato'
Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS).
Dan dialah yang membekalkan kepada saya
buku2 berkaitan Islam, termasuk satu
buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula
dari situ saya kenal tokoh yang hebat
ini.....



Bagaimana kita orang Islam?....





Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu
kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd
Aziz, tapi awak ada satu kekurangan.
Umar beragama Islam. awak masih belum
Islam."



Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya
meninggal dunia dulu...."



Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita
ramai-ramai doakan supaya makbul niat &
hajatnya. Ini akan memberi satu
tamparan yang hebat pada Karpal Singh

Tiada ulasan: