9/22/2012

Kamben!

Bismillah wal hamdulillah

Sudah berapa hari gua balik dari musafir ek? Entah. Malas nak kira. Macam sehari dua. Tapi tengah rindu pada makwe gua ni. Raihanah. Rindu yang keras! Hahaha

Kerja pengarangan gua masih tertangguh. Mohon bos gua rilek-rilek. Kah kah kah.

Agak seronok juga la musafir hari tu. Angkut beg dan berjalan. Dapat berjumpa mereka yang dirindui. Para tuan guru, cikgu, ibu, ayah angkat, dan makwe-makwe sekolah menengah. (kena back hand. hahaha)

Hakikat yang aku kena sedar, aku memang kurang gemar dengan pelajar sekolah menengah. Serabut. Jadi, bila Ustaz Tony minta aku bagi tazkirah di hadapan, bersama mentaliti SERABUT dalam kepala otak, memang tak sampai apa yang aku nak salur dalam otak-otak kanak-kanak tersebut. Memang kacau bilau la. Tak pasal-pasal budak-budak tu kena sound.

Sebab penat berjalan kaki, penat otak serabut dalam surau. Balik bilik warden, terus lelap dan pengsan. Kemudian terjaga, tengok jam tangan menunjuk arah pada 6:30. Mak aih.. Tak solat subuh berjemaah ni. Punya lompat katil, masuk tandas, ambil wudhu', solat, baca Qunut.

Sebelum solat, aku tengok Ustaz Zaid steady jer kilas kain pelikat, landing atas katil. Tidur dulu kut sebelum ke kelas.

Selesai solat, aku keluar dari bilik warden, ronda-ronda keliling maktab melihat ragam kanak-kanak riang. Tapi, kenapa tak cerah-cerah lagi ni? Matahari lambat naik kut kat Melaka.

Dengan steady, aku berjalan ke surau. Buka sliding door, gelap. Tengok jam di surau. Cilake. Tahulah aku, solat subuh aku tadi sia-sia. Kamben.

Pertama kali dalam hidup tertipu dengan jam sendiri. Pemalas sangat nak tukar waktu Malaysia.

Mengantuk aku dah terbang bersama kelawar i sebalik pekat malam. Aku pula meneruskan kehidupan kelawar berkunjung ke asrama. Bau asrama tetap menjadi bau asrama. Takkan berubah menjadi bau Kenny Rogers, McD mahupun KFC.

Masuk asrama dengan pakai selipar dengan gaya abang senior. Kelihatan beberapa budak dengan boxer yang menggelikan, rasa nak sepak peha tu.

Malas aku nak cerita panjang-panjang. Ada la aku cerita kisah yang tak berapa nak legend kepada budak-budak ni.

Daripada aku karang cerita meraban ni, baik aku siapkan kerja. Rasa nak sepak diri sendiri.

Bye.

Add caption


9/13/2012

Hujan

|Bismillah wal hamdulillah|

Jalur titisan hujan terbentuk daripada alur atap genting. Titis demi titis membasahi lantai bumi. Hingga mengesan beberapa lekuk. Tangan menadah air daripada jaluran itu. Sejuk. Seperti hari itu. Saat aku menadah ke langit di hadapan Sang Kekasih, titis-titis air menghias telapak tangan.

Telinga terus bergendang dengan Aku Scandal.

Aku terus yakin bahawa doa itu akan dikabulkan. Saufa. Berterusan berharap. Walaupun hari-hari hujan terus menyiram tanah ini. 

Gendang bertukar rentak. Kau Harus Ada mula mengetuk.

Rugi jika sendiri,
Hanyut jika ku sendiri.

Kau sentiasa ada.