10/18/2011

HIMPUN

Bismillah wal hamdulillah

Gua tengah bosan, jadi ushar-ushar tentang program HIMPUN.

Maka pasti orang akan membandingkannya dengan BERSIH. Kalau BERSIH 2.0 boleh turun berbondong-bondong, tapi kenapa tidak HIMPUN?

Pertama :
Status HIMPUN dan BERSIH adalah sama. Kononnya tak berdaftar. (gua dah check di ROS).

Tapi...hehehe.

Kedua:

Jika BERSIH menyenaraikan 8 tuntutan. HIMPUN juga ada objektifnya yang tersendiri.

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

(gua ambil dari fesbuk HIMPUN)

Komen gua.
1. Tuntutan diatan lansung tiada nada mendesak. Sedangkan kuasa berhimpun adalah untuk mendesak.

2. Pembawaan tersebut tak menyelesaikan masalah pokok isu murtad. Pada fikir gua, pastinya pada pendidikan dan pengagigah wang zakat.

3. Disebabkan tiada pihak yang tergugat dan terancam, maka himpunan ini tidak terasa lansung ke'thrill'an ia berbanding BERSIH 2.0.

4. (gua nak publish tapi rasa nak tambah pula.) Isu akidah ini dah jadi isu sensasi semasa pilihanraya. Cubalah tanya orang yang dah lama terlibat dengan FORKAD. Ermmm..Kamben!

5. MCA, MIC, DAP, SIS, sempat lagi nak buat provokasi. Kasi hangat la sikit. Lembap! kah kah kah


Tiba-tiba gua rasa mengantuk. Kalau rajin sambung. Hahaha

Nota kaki :
1. Tuan guru gua suruh ikut turun sekali. Bila turun, baru layak untuk komen. Tapi hari tu gua ada date dengan Uncle Malai, belajar kereta di Sri Perak. Hehehehe

2. Selamat Maju Jaya kepada HIMPUN.

3. Apa lagi ek?

Dzuu Haniin
Apa beza manusia berhimpun dengan kambing berhimpun?



10/15/2011

In My Head

[Bismillah wal hamdulillah] [karpen]

Aku mengusap kepala si kecil yang tersadai di dadaku. Rambutnya perang. Kulitnya putih. Entah menurun ikut siapa..

Apa agaknya yang dimimpikannya. Ben 10? Upin Ipin? BoboiBoy? Angry Birds? Itulah hidangan kanak-kanak sekarang. Mainnya Ipad dan Galaxy Tab. Alaa..Aku dulu pun duduk bertapa dalam rumah juga. Mana ada main permainan kampung. Tapi dulu menghadap buku. Kalau cuti sekolah pula hafal sifir dan bacaan solat. Nerd!

"Bang, meh saya ambil dia.", tiba-tiba suara dari sebelah menggetar gegendang telinga.

"Tak apa la. Nanti abang angkat dia." balas aku.

Dia melabuhkan duduknya di sebelah aku. Menghadap langit bersih. Bagai semua bintang itu telah divakum hingga tidak tertinggal barang sebutir pun. Angin pergunungan pula membelai lembut. Nyaman.

"Jauh termenung.. Tak nak kongsi?" tanya dia dengan lembut.

Jeda. Aku tak menjawab.

"Tak apa la.. Saya tak paksa kalau abang tak mahu cerita. ", pancing dia. Riak wajahnya aku boleh baca. Tafsiran kepada penyataan sebentar tadi adalah begini, 'Kalau abang tak cerita, esok makan telur dadar, nasi kosong kuah kicap!'

"Nak cerita la ni..", sambil menyungging senyum.

"Nak tau tak?", tanya aku.

"Ermm?"

"Sebenarnya, sehingga hari ini saya rasa awak terlalu baik untuk saya.", aku memandang dia.

Dia pula tetap tidak mengubah sudut pandangannya. Menyapu dada langit yang sedia bersih.

"Saya terima abang seadanya. Abang pula menerima saya seadanyakan?", ujarnya.

"Jadi isu tadi tak timbul.", tambahnya.

Jeda. Bisik angin mengisi ruang dan masa. Masing-masing entah melayan perasan dan fikiran sendiri.

"Jom masuk. Dah lewat. Sejuk, kasihan pula budak kecil ni.", ajak aku. Aku bingkas dari tempat duduk sambil mengangkat budak 3 tahun. Langkah terarah masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba pinggangku dipaut. Aku memandang menghasilkan kerut wajah tampak tanda tanya. Dia hanya tersengih dan berkata, "Terima kasih."

Rupanya aku masih belum memahami makluk bernama wanita.

Sekian.

Nota kaki:
1. Sengaja praktis menulis. Berangan. Alirkan idea.

2. Malam ini sangat sepi.

3. Serba salah. Ketahuilah, saya sangat teruk.

4. Termenung.

5. Siapa boleh bantu saya? Teringin nak terbitkan novel. Tapi tak tahu mana nak mula. Hahaha.

Dzuu Haniin
Lelaki yang teruk.