5/30/2010

Reload!!

Bismillah wal hamdulillah..

(ikut hati nak tulis perkataan itu sahaja..haha.sebab itu pun sudah dikira satu cubaan posting baru bukan kak uda??)

Esok saya ada peperiksaan praktikal Biochemistry dan hari rabu pula (kalau tidak silap) praktikal Histology. Ketika duduk menarawang sambil tengok gambar-gambar dari kamera SLR yang antik, saya mencari idea mahu tulis apa kat blog ye??

Tiba-tiba, "Reload!Reload!" terngiang-ngiang bunyi tu. Ooo..baru teringat! Rupanya otak saya sedang mengimbau kenangan ketika sekolah rendah. Puas saya memikir nama permainan komputer tersebut..Tapi neuron-neuron masih tidak melakukan synapse sesama sendiri. Kalau tidak silap permainan tersebut bernama 'Virtua Cop'..(betul ke??lantak pi la...)

Entah apa yang saya mahu tulis. Saya sendiri tidak tahu..Ermm..Sekian!


Nota mungkin bermanfaat: 1.Anggaplah tulisan kali ini seperti tiada...
2. Sekali-sekala penulisan saya perlu bergenre sengal-sengal juga bukan?..Ah! blog saya kan??

sumber : di sini
 

5/20/2010

Menanti..

Bismillah wal hamdulillah

Ada seorang sahabat minta juga untuk tulis dalam blog ini. Hasrat hati nak sambung menulis ketika cuti di Malaysia nanti. Ada projek besar akan dijalankan. InsyaAllah..

Sepanjang duduk di Mesir antara topik dan bahan bualan adalah PERKAHWINAN.(hahaha..). Jadi tidak hairan kalau pelajar-pelajar Mesir ramai yang bernikah awal. Semua sudah faham tentang perkahwinan. Jelas! Tak perlu nak dibincang panjang lebar pro dan kontranya. Semuanya atas kita...

Teringat detik-detik bersama Tuan Guru tercinta, terkadang timbul juga bab ini. Saling berkongsi perasaan sebab masing-masing berjiwa muda. Pesan beliau, 'Jodoh ini kan barang takdir. Takdir ni akan sampai juga pada kita. Jadi tak perlu pening-pening.'

Si dia biarlah di sana. Sampai masa, sampai takdir, saya sampai. Moga yang dijaga akan terjaga. Namun yang penting biar hati yang JAGA melihat Allah dan bahasanya pada kita..Moga kehendak Allah bersama kehendak saya...Wallahualam!

Nota tambahan: Malas tulis banyak, sekarang ada majlis akad nikah sahabat saya Ustaz Muzani. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fil khair..Gotta go..

 Inilah Ustaz Muzani..tidak keseorangan lagi sekarang..