7/04/2013

New Age

Bismillah wal hamdulillah

Suatu transisi perubahan perlu berlaku. Dan ia sedang berlaku. Seperti berlalunya Great Age of Pirate yang dimulakan oleh Gol. D Roger saat mengumumkan kewujudan One Piece. Dan tirai New Age dibuka secara rasmi saat kematian Edward Newgate / Whitebeard.

Perubahan yang dimaksudkan bukan pencairan prinsip. Menggadaikan agenda. Tetapi, strategi, cara, watak, dan corak permainan perlu berubah.

Pengekalan nilai dan pengukuhan perkara fundamental bagi aku itu adalah romanticism yang indah dalam perjuangan ini. Sebagaimana di Jaya Island, Bellamy menegaskan telah tamatnya era Pirate's Dream seperti wujudnya One Piece. Tetapi kata-kata Blackbeard perlu kita renung hayati.

"A Man's Dream Will Never Die!"

Sebagaimana juga Will of D. Nilai-nilai ini tidak akan terpadam dan ia bersambung dan berterusan dari satu punca. Ingatlah kita pada kata-kata Monkey D. Dragon.

"Inherited will, the swelling of the changing times, and the dreams of people. These are things that cannot be stopped. As long as people seek the answer to freedom, these will never cease to be!"

Ada beberapa perkara asas yang perlu kita pegang kemas, tali yang tidak akan putus. Penyelamat saat ribut taufan akhir zaman. Kita memasuki New Age dengan azam yang padu biar pun ujian itu sepahit hempedu. 

Sekian aku membebel. Nak cakap benda ilmiah tak reti. Hahaha.


5/28/2013

Dinding ku berukir buku.

Bismillah wal hamdulillah

Aku tak mahu sebut yang aku lama tak update blog. Sebab ia terlalu klise.

El Rojo tak ada, malas la aku nak mengarang. Leceh la buka guna tab.

Dalam seminggu lebih ini, aku banyak termenung.

Ada kala kita perlu kembali melihat kepada asas kehidupan ini. Asal hidup. Makna yang perlu kita cari. Terlalu lalai dengan segala pekerjaan yang kita anggap ianya adalah suatu ibadah. Tetapi bila direnung kembali, adakah benar ia untuk Tuhan?

Jangan lari fokus.

Jangan alih niat.

Dalam timbunan buku,
Hempapan ilmu,
Adakah ia akan menjadi tangga-tangga menuju Tuhan?
Atau ia menjadi dinding hawa dan nafs mu?

Terus menghalang kau bertemu Sang Tuhan.
Terkurung dalam dinding tipuan sangka mu.




10/28/2012

Hiten Mitsurugi Ryu

Bismillah wal hamdulillah

Lama tak buka blog, dan cuba untuk baca beberapa blog yang kerap dikunjungi. Rupanya sudah di 'block'.

Biarlah..

Sambung baca Rurouni Kenshin. Bye!

9/22/2012

Kamben!

Bismillah wal hamdulillah

Sudah berapa hari gua balik dari musafir ek? Entah. Malas nak kira. Macam sehari dua. Tapi tengah rindu pada makwe gua ni. Raihanah. Rindu yang keras! Hahaha

Kerja pengarangan gua masih tertangguh. Mohon bos gua rilek-rilek. Kah kah kah.

Agak seronok juga la musafir hari tu. Angkut beg dan berjalan. Dapat berjumpa mereka yang dirindui. Para tuan guru, cikgu, ibu, ayah angkat, dan makwe-makwe sekolah menengah. (kena back hand. hahaha)

Hakikat yang aku kena sedar, aku memang kurang gemar dengan pelajar sekolah menengah. Serabut. Jadi, bila Ustaz Tony minta aku bagi tazkirah di hadapan, bersama mentaliti SERABUT dalam kepala otak, memang tak sampai apa yang aku nak salur dalam otak-otak kanak-kanak tersebut. Memang kacau bilau la. Tak pasal-pasal budak-budak tu kena sound.

Sebab penat berjalan kaki, penat otak serabut dalam surau. Balik bilik warden, terus lelap dan pengsan. Kemudian terjaga, tengok jam tangan menunjuk arah pada 6:30. Mak aih.. Tak solat subuh berjemaah ni. Punya lompat katil, masuk tandas, ambil wudhu', solat, baca Qunut.

Sebelum solat, aku tengok Ustaz Zaid steady jer kilas kain pelikat, landing atas katil. Tidur dulu kut sebelum ke kelas.

Selesai solat, aku keluar dari bilik warden, ronda-ronda keliling maktab melihat ragam kanak-kanak riang. Tapi, kenapa tak cerah-cerah lagi ni? Matahari lambat naik kut kat Melaka.

Dengan steady, aku berjalan ke surau. Buka sliding door, gelap. Tengok jam di surau. Cilake. Tahulah aku, solat subuh aku tadi sia-sia. Kamben.

Pertama kali dalam hidup tertipu dengan jam sendiri. Pemalas sangat nak tukar waktu Malaysia.

Mengantuk aku dah terbang bersama kelawar i sebalik pekat malam. Aku pula meneruskan kehidupan kelawar berkunjung ke asrama. Bau asrama tetap menjadi bau asrama. Takkan berubah menjadi bau Kenny Rogers, McD mahupun KFC.

Masuk asrama dengan pakai selipar dengan gaya abang senior. Kelihatan beberapa budak dengan boxer yang menggelikan, rasa nak sepak peha tu.

Malas aku nak cerita panjang-panjang. Ada la aku cerita kisah yang tak berapa nak legend kepada budak-budak ni.

Daripada aku karang cerita meraban ni, baik aku siapkan kerja. Rasa nak sepak diri sendiri.

Bye.

Add caption


9/13/2012

Hujan

|Bismillah wal hamdulillah|

Jalur titisan hujan terbentuk daripada alur atap genting. Titis demi titis membasahi lantai bumi. Hingga mengesan beberapa lekuk. Tangan menadah air daripada jaluran itu. Sejuk. Seperti hari itu. Saat aku menadah ke langit di hadapan Sang Kekasih, titis-titis air menghias telapak tangan.

Telinga terus bergendang dengan Aku Scandal.

Aku terus yakin bahawa doa itu akan dikabulkan. Saufa. Berterusan berharap. Walaupun hari-hari hujan terus menyiram tanah ini. 

Gendang bertukar rentak. Kau Harus Ada mula mengetuk.

Rugi jika sendiri,
Hanyut jika ku sendiri.

Kau sentiasa ada. 

8/28/2012

Sayang

Bismillah wal hamdulillah

Serius lama aku tak mengarang apa-apa dalam ni. Dari semalam asyik dengar lagu Samurai Heart (Some Like It Hot). Pagi ni lepas baca Quran layan pula lagu AdaMu-Najwa Latif. How to levitate(ha?) my mood. Adakah mood dan perasaan itu dipengaruhi oleh graviti?

Hidung pula asyik menyungai mukus diawal pagi. Mata gatal-gatal. Tahulah aku ni gatal, memang sengaja la pekena aku.

Jiwa ni jadi huru hara selepas ternampak pelanduk dua serupa. Semalam, ketika beraya di Chicken Rice Shop (haaa??kira raya ke?) aku ternampak seseorang. Muka seakan kawan lama. Banyak kali aku ushar. Tapi rasanya lain.

Tapi perasaan itu tak hilang di situ sahaja. Ia terus menghantui jiwa. Hailaaa..Sampai balik rumah, duduk dalam BMW Zuket pun aku tak keruan. Boleh feel tak aku punya kacau dalam jiwa ni?

Sampai tengah malam, aku berguling-guling atas katil. Akhirnya aku menghadap El Rojo, cari semula. Eh, unfriend rupanya. Lagi la aku rasa bersalah.

Mesej sepatah.

Ermm.. Dalam banyak perkara, kita terpaksa memilih dan melepaskan. Walaupun sayang. Kita takkan dapat untuk menjaga semua perkara. Maka aku menyerahkan ia pada jagaan Tuhan.

Bismillah!

N/B:

Sayang:
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk,berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa,kecewa, terkilan,
(adjektif:)


-Disalin dan tampal dari sini