8/29/2011

Golek-golek

Bismillah wal hamdulillah

Aku guling-guling ke kiri ke kanan. Termenung menatap siling. Sunyi. Sambung guling-guling.

Bosan.

Kalau ada anak bini best la juga.

Sebut pasal bini, kawin, nikah ni, semalam masa berbincang projek filem raya dengan abang Muaz, aku tanya dia.
"Abang dah nak dekat 30 ni tak rasa nak nikah ke? Kat sini semua orang excited giler nak berkahwin."

Gelak-gelak disusuli selepas itu. Tahun 2010 kawan menikah. Tahun 2011 junior menikah. Akhir tahun ni, seorang bakal mahasiswa pula (belum sampai Mesir) dah nak menikah. Power!

Abang Muaz tersengih, "Sibuk-sibuk dengan kerja, abang pun tak sedar yang umur nak dekat 30." Dia gelak-gelak.

"Lagipun kat Malaysia susah nak cari orang. Entah-entah lelaki lain dah sambar dulu ke.."

Perghh..Aku terkedu. Moga diselematkan aku dan keluarga dari termasuk keturunan yang fasik.

Aku kembali termenung. Guling-guling. Golek-golek atas tilam. Suatu azam telah cuba digentel-gentel supaya bulat dan tetap.

Jom tidur!


Dzuu Haniin
Rendang Hamster pun cool!

8/25/2011

Saya Sayang Awak!

Bismillah wal hamdulillah

Selamat berpuasa. Walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal berlalu bulan Ramadhan.

Saudara Nurilhakim (nama Nadir ek?lupa..hehe) asyik bertanya bila nak kemaskini blog.

Maaf. Sebab agak sibuk. Semalam baru lepas KUNTUM. Sekarang nak ulang kaji untuk dur thani (repeat paper) pula.

Semasa berlansung program KUNTUM, ada satu sesi LDK yang dimana ahli LDK bertanya kepada saya,

"Sedih tak kena dur thani?"

Lantas saya menjawab, "Tak. Gembira."

Itu hakikat sebenarnya. Tidak seperti dur thani ketika tahun 2 dahulu. Saya sangat kecewa bila dapat khabar kena dur thani. Waktu itu memang jangkaan saya untuk beraya di Malaysia. Bila tak dapat raya sangat sedih la.

Tapi berlainan dengan tahun ini. Sedikit pun tak kecewa. Walaupun keinginan untuk beraya itu sangat memuncak. Beberapa rancangan telah dibuat. Tapi hati ni terus tenang.

Suatu kurnia dari orang yang kita sayangi. Tambahan dia itu sangat mengenali kita. Sangat kasih pada kita. Adakah kita berasa pemberiannya satu yang silap? Meskipun kalau orang itu tersalah memberi hadiah, kita tetap gembira. Kerana itu pemberian sang kekasih.

Inikan pula Tuhan! Tuhan bro! Bukan ibu, ayah. Bukan awek atau bini. Bukan sahabat baik atau musuh. Dialah Tuhan Pencipta kita. Mustahil kalau dia tersilap.

Daripada Brader Abdur Rahman, daripada Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bentani,

"Redha itu rehat. Sabar itu penat."

Andai kita ada tenaga untuk gelisah dengan perkara lepas, lebih baik setiap tenaga tersebut digunakan untuk mengubah masa hadapan.

Wallahu'alam

Babai

Dzuu Haniin
Saya yakin saya kacak!Sekian.

8/06/2011

Melankolik Merapu

[Bismillah wal hamdulillah]

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Kaki keras melangkah ke mahattah Damerdash, duit syiling 1 pound mesir yang berwarna emas di tengah dan dikelilingi warna perak dihulur kepada penjaga kaunter. Bertukar tangan antara duit syiling dan tiket metro.

Pada senyum mu, pada tawamu kasih,
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu, tak ku sua kembali
Khabarkan oh angin, Hidupku tiada bererti

Quran dibuka dan ditatap sementara menunggu ketibaan metro(macam LRT), hati yang dilanda ombak rindu perlu dibenteng dengan pemecah ombak.

Berikan resahmu, kan ku bawa nun jauh,....
Dapat kau lihat, pemandangan itu,....
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi....
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh......
Pada senyum mu…

Segalanya salah aku. Aku yang membikin resahmu. Andai masa silamku bukan suatu yang tersisip dicelah helaian sirah.

Moga diberi kesempatan menatap senyummu sehingga ke syurga..Amiin..

Wallahualam

Dzuu Haniin
Berjiwang di pagi ramadhan..
*baca dengan berlatarkan lagu Pada Senyummu oleh ROSIN. sini

8/03/2011

Yo!

Bismillah wal hamdulillah

Exam dah habis lama. Tapi blog tak update.

"Waktu periksa adalah waktu bercuti. Waktu bercuti adalah waktu bekerja.", Gua.

Habis sahaja exam, esoknya dah bekerja. Meeting bagai. Hari-hari keluar rumah kecuali semalam. Lepas terawih 8 rakaat terus tumbang. Penat!

Walau apa pun tugasan, kerja, perjuangan, amalan di bulan Ramadhan tak boleh ditinggal.

Aim bulan Ramadhan.

1. 3 kali khatam Quran.

2. Khatam Risalei Nur : The Letter

Dua sahaja. Tapi...hehehehe. Komitmen diperlukan.

Ok. Jom sambung baca Quran! Bye..

Nota kaki :
1. Kepada makwe-makwe, serius gua sibuk. Maaf.

2. Kurangkan hiburan ye kawan-kawan. Fokus pada ibadah. Kalau dalam Ramadhan kita tak berdisplin, luar Ramadhan?

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Itu Ini Begitu Begini